Selasa, 22 Disember 2015

Pertandingan Boling Piala Pengarah PPANS 2015

Pada 21 Disember 2015 yang lepas Kelab KESUKA telah menganjurkan pertandingan Bowling Piala Pengarah PPANS , bertempat di Bowling Centre, Mydin Mall jam 8.00 Malam, Acara ini dirasmikan oleh Pn Pengarah PPANS Pn Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis. Pertandingan ini didakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dikalangan kakitangan disamping menerap budaya sukan dikalangan kakitangan PPANS. Turut sama menyertai pertandingan ini adalah  Ketua Bahagian Pelanggan En Hamdan B Hj Nordin, disamping YDP KESUKA En Mohd Rizwan Bin Muhamad Yusof.

Unit Pelanggan Seremban telah mengunguli pertandingan, di tempat kedua jatuh kepada kumpulan Unit PRO dan Unit Media pula di temapt ketiga. Manakal acara peseorangan pula jatuh kepada En Hamdan yang mendapat 327 Jatuhan PIN manakala Pn Aishah pula menungulli acara wanita dengan 298 jatuhan Pin.































Tiada ulasan:

Tempat Berborak!