Jumaat, 2 Januari 2009

MALAM RETRO

MALAM LAIN DARI YANG LAIN...

Malam Retro itulah tema Majlis Makan malam Hari Keluarga, temanya agak unik dimana semua kakitangan akan memakai baju retro sekitar 70an, jadi malam tersebut lain dari yang lain, malah ada diantara kakitangan dah macam Uji rashid, Hail Amir muda-muda dulu. Malam Retro dimulakan dengan ketibaan Y.B Dato Setiusaha Kerajaan Dato Hj NorZam Mohd Nor. Setibanya beliau dan kesemua ahli KESUKA PPANS satu tayangan multimedia dimainkan, dimana multimedia ini memaparkan kesemua ahli kesuka dalam konteks retro. Selepas itu makan malam pun bermula di mulakan dengan bacaan doa oleh En Shahril Radzila.

Persembahan iringan malam tersebut dimulakan dengan persembahan kugiran Band KESUKA PPANS yang diangotai oleh En Rizwan..Bass, En Azwie..Drummer, En Aizol.. Gitar lead dan En Shafik..Gitar Lead. 5 Buah Lagu dimainkan, Pn Salwati, En Amar dan juga En Fairos menjadi penyanyi. Turut menghiburkan ialah tuan pengarah yang menyumbangkan lead gitar lagu-lagu 60an.

Malam RETRO diteruskan dengan ucapan YDP KESUKA PPANS En Zainudin yang banyak menyentuh tentang kejayaan Kelab yang menganjurkan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2008 ini, ucapan diteruskan dengan ucapan penasihat kelab Tuan Pengarah PPANS En Samsudin Hamidan dalam ucapannya beliau mahu ahli kelab sentiasa membuat perubahan dari segi penganjuran dan bersatu untuk membentuk kakitangan yang mantap. Ucapan Perasmian dilakukan oleh Y.B Dato Norzam Mohd.Nor Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, merangkap Pengerusi MAKSAK Negeri Sembilan, dalam ucapannya beliau memuji usaha yang dilakukan AJK Kelab untuk mengumpul kesemua keluarga besar PPANS bagi penganjuran aktiviti kelab, beliau mahu aktiviti sebegini diteruskan pada masa akan datang.

Malam RETRO diteruskan dengan penyampaian Anugerah perkhidmatan Lama kepada kakitangan yang telah berkhidmat lebih 15 tahun di PPANS mereka adalah, En Yaakob, En Azman, En Rasman, Pn Zuhaini, Puan Zaiton, Pn Norhayati, Puan Salwati ,Puan Noradida. dan Puan Jamilah Bt Hj Katis.

Acara Diteruskan dengan En Jimmy pengacara jemputan mengendalikan malam tersebut dengan nyayian dan juga sketsa yang mencuit hati, disamping tarian retro yang dipersembahkan oleh Unit K.Pilah dan Port Dickson, selain itu pertandingan Karaoke turut diadakan. Cabutan bertuah dibuat berselang seli dengan persembahan.

Setelah puas berhibur dengan telatah Jimmy, Acara penyampaian hadiah bermula, hadiah disampaikan oleh YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, Bagi kategori prince retro dimenangi oleh En Suffian dari PD Jimah Baru, Bagi kategori AJK dimenangi oleh En Anas Jaafar UTKM, abgi pasangan dimenangi oleh en Ali Afdah selain itu hadiah cabutan bertuah turut diumumkan hadiah berupa 2 set televisyen yang dimenangi oleh En Fauzi dari PD pantai selain itu hadiah pertandingan Karaoke turut dimenangi olehnya.

Malam Retro yang diadakan dapat memupuk semangat kekeluargaan PPANS, setiap dari mereka amat sporting dengan pengayaan tema malam tersebut, sesunguhnya malam tersebut begitu gemilang Tahniah diucapkan kepada YDP dan barisan jawatankuasa yang bertungkus lumus untuk menjadiakan makan malam tersebut sebgai kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh semua ahli KESUKA PPANS.



HARI KELUARGA PPANS 2008 MERIAH

Kemeriahan Hari Keluarga dirasai oleh 250 ahli KESUKA


Pada 20 Disember 2008 yang lalu bertempat di Kelab Golf Tuanku Jaafar, Senawang telah berlangsung Hari keluarga PPANS 2008. Program ini telah diadakan dengan penuh suasana meriah dan semangat kekeluargaan, Lebih 250 yang terdiri dari ahli KESUKA PPANS dan keluarga telah menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Bermula pada sebelah pagi senaman pagi mengambil tempat sebagai acara permulaan, senaman ini di bawa oleh Puan Salwati, setelah memanaskan badan acara sukanika bermula dengan 24 acara sukan dipertandingkan, acara-acara ini termasuk mengutip gula-gula, membawa bola ping-pong dengan sudu, meletup belon yang diadakan untuk kanak-kanak, manakala untuk dewasa acara berlari dalam guni, bertelur ayam, berjalan dengan tempurung, yang mana darat yang mana laut, mencari gula dalam tepung dan pelbaai lagi. Aktiviti Sukaneka ini dilaksanakan oleh pasukan Mr PARAM dari Biro Kesihatan, Pejabat Kesihatan Seremban yang telah dijemput untuk mengendali aktiviti. Dalam acara sukaneka ini semua peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan warna iaitu kuning, hijau, merah, biru, oren, hitam dan putih.

Turut memeriahkan acara sukaneka ini ialah Pengarah PPANS En Samsudin B Hamidan dan juga Pn Jamilah Katis dan keluarga. Mereka turut mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang diadakan. Selain acara sukaneka di padang, turut diadakan acara sukaneka dalam kolam, acara sukaneka tamat pada pukul 12 tengahari untuk rehat.

Hari Keluarga diteruskan semula pada pukul 2.30 tengahari dengan acara polo air dan pertandingan karaoke. Pertandingan Karaoke diadakan untuk peringkat saringan dimana 6 orang peserta akan dipilih untuk ke peringakat akhir pada malam retro. seramai 15 peserta diuji kemerduaan dan kemantapan suara pada peringkat ini. Acara Polo Air pula menyaksikan 4 kumpulan berentap untuk memenangi acara tersebut. Kumpulan Seremban telah berjaya memenangi acara ini dengan menewaskan pasukan Jempol-Jelebu dengan 16-7.

Selepas itu acara penyampaian hadiah bermula, hadiah-hadiah sukaneka ini disampaikan oleh En Zainudin selaku YDP KESUKA dan juga En Mohd Rizwan sebagai Timb. YDP. Keseluruhan acara sukaneka ini telah digondol oleh pasukan Hijau yang diketuai oleh En Ali Afdah.


Hari keluarga sebelah pagi ini begitu meriah dengan kehadiran ahli dan keluarga dan melihat kepada kelatah anak-anak yang menjadikan hari tersebut begitu bermakna dan diigati, Acara kemuncak Hari Keluarga adalah makan malam RETRO yang ditunggu oleh semua.

Tempat Berborak!