Jumaat, 2 Januari 2009

HARI KELUARGA PPANS 2008 MERIAH

Kemeriahan Hari Keluarga dirasai oleh 250 ahli KESUKA


Pada 20 Disember 2008 yang lalu bertempat di Kelab Golf Tuanku Jaafar, Senawang telah berlangsung Hari keluarga PPANS 2008. Program ini telah diadakan dengan penuh suasana meriah dan semangat kekeluargaan, Lebih 250 yang terdiri dari ahli KESUKA PPANS dan keluarga telah menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Bermula pada sebelah pagi senaman pagi mengambil tempat sebagai acara permulaan, senaman ini di bawa oleh Puan Salwati, setelah memanaskan badan acara sukanika bermula dengan 24 acara sukan dipertandingkan, acara-acara ini termasuk mengutip gula-gula, membawa bola ping-pong dengan sudu, meletup belon yang diadakan untuk kanak-kanak, manakala untuk dewasa acara berlari dalam guni, bertelur ayam, berjalan dengan tempurung, yang mana darat yang mana laut, mencari gula dalam tepung dan pelbaai lagi. Aktiviti Sukaneka ini dilaksanakan oleh pasukan Mr PARAM dari Biro Kesihatan, Pejabat Kesihatan Seremban yang telah dijemput untuk mengendali aktiviti. Dalam acara sukaneka ini semua peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan warna iaitu kuning, hijau, merah, biru, oren, hitam dan putih.

Turut memeriahkan acara sukaneka ini ialah Pengarah PPANS En Samsudin B Hamidan dan juga Pn Jamilah Katis dan keluarga. Mereka turut mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang diadakan. Selain acara sukaneka di padang, turut diadakan acara sukaneka dalam kolam, acara sukaneka tamat pada pukul 12 tengahari untuk rehat.

Hari Keluarga diteruskan semula pada pukul 2.30 tengahari dengan acara polo air dan pertandingan karaoke. Pertandingan Karaoke diadakan untuk peringkat saringan dimana 6 orang peserta akan dipilih untuk ke peringakat akhir pada malam retro. seramai 15 peserta diuji kemerduaan dan kemantapan suara pada peringkat ini. Acara Polo Air pula menyaksikan 4 kumpulan berentap untuk memenangi acara tersebut. Kumpulan Seremban telah berjaya memenangi acara ini dengan menewaskan pasukan Jempol-Jelebu dengan 16-7.

Selepas itu acara penyampaian hadiah bermula, hadiah-hadiah sukaneka ini disampaikan oleh En Zainudin selaku YDP KESUKA dan juga En Mohd Rizwan sebagai Timb. YDP. Keseluruhan acara sukaneka ini telah digondol oleh pasukan Hijau yang diketuai oleh En Ali Afdah.


Hari keluarga sebelah pagi ini begitu meriah dengan kehadiran ahli dan keluarga dan melihat kepada kelatah anak-anak yang menjadikan hari tersebut begitu bermakna dan diigati, Acara kemuncak Hari Keluarga adalah makan malam RETRO yang ditunggu oleh semua.

Tiada ulasan:

Tempat Berborak!