PROFIL KESUKA

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESUKA) mula ditubuhkan secara tidak rasminya pada tahun 1978, Selaras dengan enekmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Tahun 1974, ia merupakan cadangan dari bekas pengarah PPANS Allahyarham Tn Haji Rahman untuk menyatukan kakitangan didalam bidang sukan diawal kewujudannya.


(KESUKA PPANS) dibentuk untuk memudahkan kakitangan merancang serta melaksanakan program-program yang berkaitan dengan kebajikan serta sukan dan rekreasi kakitangan, penubuhan kesuka ini juga dapat mengeratkan silatulrahim dikalangan kakitangan dan keluarga.



Antara Pelopor KESUKA diawal penubuhan, Duduk tiga dari kanan ialah  Allahyarham Tn Hj Rahman Pengarah PPANS ketika itu
Selain itu KESUKA ini juga menjadi platform kepada kakitangan untuk bertukar-tukar pandangan serta idea bagi meningkatkan kualiti kerja dari peringkat akar umbi.

Antara aktiviti wajib yang dilaksanakan oleh KESUKA adalah

- Majlis Sambutan Hari Jadi kakitangan
- Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan
- Hari Keluarga
- Mengadakan pertandingan bowling, Futsal dan sebagainya
- Menyertai Sukan Perpustakaan Awam Seluruh Malaysia


http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/35391_115567298488972_100001071072635_95350_648254_n.jpg
Ketika menyertai SPASM di Johor 2010

Tempat Berborak!