Rabu, 24 September 2008

Majlis Berbuka Puasa PPANS

MAJLIS BERBUKA DISAMBUT DENGAN PENUH KEBERKATAN


Majlis Berbuka puasa PPANS telah berlangsung pada 23/09/08 yang lepas seramai 50 kakitangan PPANS turut serta dalam majlis ini. Majlis berbuka puasa ini diadakan di Hotel Alson Kelana Resort Seremban. Majlis bermula tepat jam 6.15 ptg dimana majlis ini dipengerusikan oleh En Fairos, kemuadian diberkati dengan bacaan doa oleh En Sabri Yusof. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengarah PPANS, En Samsudin Hamidan, dalam ucapannya beliau beterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kelab yang bertungku lumus dalam menjayakan majlis berbuka puasa. Selain itu tuan pengarah juga mengingatkan betapa pentingnya permuafakatan didalam hal kerja dan juga pekara yang melibatkan jabatan supaya sesuatu pekara itu dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya. Selepas itu Tuan Pengarah telah menyampaikan sumbangan kuih raya kepada semua ahli kelab KESUKA sempena dengan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi. Selepas itu semua ahli kelab menikmati juadah berbuka puasa dengan 77 jenis hidangan yang disediakan. Majlis ini turut disertai Timbalan Pengarah Puan Jamilah Bt Hj Katis, Ketua Bahagian Pelanggan En Hamdan Nordin dan juga Ketua Bahagian Katalog Pn Siti Adnon selain dari ketua-ketua unit PPANS.











Banyak lagi gambar-gambar sempena majlis berbuka klik disini


Selasa, 16 September 2008

Video Sukan Terengganu SPASM 2008

Video Satu



Video dua




Preview je saper nak video nie dalam bentuk DVD bolehlah berhubung dengan
En Wan melalui email kesukappans@gmail.com banyak lagi babak menarik anda semua ketika sukan di Terengganu tempohari

Ahad, 14 September 2008

Kembara Amal Pelancongan Negeri Sembilan

Kalah yang tak berpenghujung...

Pada 17 Ogos 2008 yang lepas, KESUKA PPANS telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai tresure hunt Kembara Amal Pelancongan N.Sembilan. Pertandingan ini merupakan anjuran Kelab akhbar dan wartawan N.Sembilan (KELANA). Pertandingan yang menawarkan hadiah berjumlah RM 2000 ini disertai 60 pasukan dari pelbagai agensi kerajaan, kelab dan orang peseorangan. KESUKA diwakili oleh Y.D.P nya sendiri En Zainudin, En Mohd Rizwan, En Fazli dan En Rosdi Manan bagi kereta pertama manakala kereta yang kedua pula dianggotai oleh En Amar Hafizi, Cik Nurfazilah, Cik Siti Aishah dan juga En Khairul (Dato K). Pelepasan pertandingan ini dilakukan oleh Y.B Dato S.U.K bertempat di Kompleks Kraftangan Seremban. Peserta melalui beberapa check-point dan mencari jawapan yang telah ditetapkan bermula di Bandar Seremban, Rantau, Lukut dan berakhir di Tiara Beach Resort. Di Lukut peserta dikehendaki memberi sumbangan kepada penerima bantuan yang telah menggu di sana, ini adalah salah satu aktiviti yang perlu dilakukan peserta dalam masa yang sama dapat membuat kebajikan dan amal kepada mereka yang memerlukan. Acara penyampaian hadiah dan upacara penutup dilakukan oleh Y.B Dato Mohammad Razi Kail exco Kerajaan Negeri Sembilan. KESUKA PPANS meneruskan tradisinya dengan tidak memenangi satu pun kategori yang dipertandingkan, walaupun kumpulan pertama yang sampai di check point akhir namun jawapan yang diberikan hampa-hampa belaka, moga pertandingan yang akan datang pasukan treasure hunt kita telah betul-betul bersedia menghadapi cabaran. -Hidup PPANS-

Untuk gambar-gambar kembara klik disini

Sabtu, 13 September 2008

Laman Sembang KESUKA PPANS


Mari la kita berborak tapi jgn time keje... boleh access semua..mudahkan cuma klik pada link ini: http://pub36.bravenet.com/chat/show.php/3058770420 atau bolek klik pada link kat bawah banner tue yer

Laman Forum Kesuka


Semua kakitangan PPANS dipelawa untuk sama-sama memeriahkan portal forum Kelab KESUKA, macam-macam topik ada kat sana meh la kita sama-sama berforum ok.. kunjungi : http://kesukappans.freeforums.org/

atau klik saja pada link kat atas banner tue senang jerkan...

Permainan

Game Pool


Free Flash Games by Arcadeway.com

Game Bowling



Free Flash Games by Arcadeway.com

Pin Ball



Free Flash Games by Arcadeway.com

Tempat Berborak!