Rabu, 12 Ogos 2015

Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) Sarawak : Segulai Sejalai



Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) telah berlangsung di Kuching Sarawak dengan jayanya baru-baru ini. Pesta yang berlangsung setiap 2 tahun sekali ini telah berjaya mengumpul pasukan perpustakaan awam di Malaysia. Para atlet telah berkampung selama 4 hari bermula dari 7 hingga 11 Ogos 2015 di perkampungan sukan UNIMAS.
Sebelum berlepas ke Sarawak YDP Kesuka PPANS En Mohd Rizwan bin Muhamad Yusof telah memberi kata-kata peransang terutama mensasarkan pingat emas untuk acara sepaktakraw dan bola jaring yang menjadi tradisi PPANS untuk menjelmakan pinggat. Beliau juga mengigatkan atlet PPANS menjaga nama baik organisasi serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Perbadanan Perpustakaan Awam N. Sembilan (PPANS) telah turut sama menyertai kejohanan ini dengan menghantar seramai 30 orang atlit untuk bertanding dalam 7 acara yang dipertandingkan. Antara acara utama terdiri yang dipertandingkan dalam temasya sukan kali ini ialah Bola Tampar, Ping Pong, Boling, Badminton, Dart, Sepak Takraw dan Futsal manakala acara permainan tradisional yang dipertandingkan ialah sumpitan. Majlis Perasmian Pesta Sukan ini telah diadakan pada 7 Ogos 2015 di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Dr. Haji Hamid Bugo, Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak.

  Venue Kejohanan ini diadakan adalah di sekitar Bandar Kuching dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan. Slogan yang dipilih oleh tuan rumah iaitu Perpustakaan Negeri Sarawak pada kejohanan SPASM pada kali ini ialah “Segulai, Sejalai” telah berjaya mencapai objektif penganjurannya iaitu mengeratkan hubungan silatulrahim di antara semua warga Perpustakaan Awam Negeri SeMalaysia. Selain daripada itu, ianya juga dapat melahirkan dan mencungkil bakat dan kebolehan para pegawai serta kakitangan dalam aktiviti sukan, kebudayaan dan kesenian.

  Perpustakaan Negeri Sarawak telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada pesta sukan ke-21 ini. Manakala Perbadanan Perpustakaan Awam N. Sembilan pula sekadar menduduki tempat ke-5 daripada 12 buah negeri yang bertanding. Kontijen PPANS berjaya membawa pulang satu pingat emas dalam acara sepak takraw dan satu pingat perak dalam acara Boling berpasukan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlit Perbadanan Perpustakaan Awam N. Sembilan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap acara yang disertai. Jumpa lagi di SPASM 2017 di Kuala Lumpur!!













Tempat Berborak!