Khamis, 28 Ogos 2014

Perlawanan Bolasepak persahabatan


Wartawan Lokasi :  Rosdi Manan
 
Perlawanan persahabatan antara Ppans vs staff uitm sban 3 di padang uitm sban 3,ni antara sebahagian gambar2 yg sempat sy ambil and rakam ptg tadi , pemain2 Ppans yg turut beraksi petang td terdiri pemain2 yg terhebat yg punyai gaya and skill tersendiri yg tk perlu dikata akan kehebatan mereka di atas padang penjaga gol pertama Amar and kedua anas,pemain2 lain seperti arman,akram,firdaus,azwie,hafiz,. rashidi dan juga Anas

Disini sy ucapkan tahniah kpd team staff uitm kerana berjaya memperolehi kemenangan uitm 4 vs Ppans 1 .

Bagi saya team Ppans dah bt yg terbaik cuma tk ada rezeki untuk Kali ni so cuba lg game2 akan datang and jgn cpt putus asa ,apa yg penting semangat satu pasukan mesti ada setiap pemain tu yg penting
 





 

Rabu, 27 Ogos 2014

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KESUKA PPANS 2014

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KESUKA PPANS 2014 disambut meriah apabila semua kakitangan PPANS dan Desa PNM seluruh Negeri Sembilan yang terlibat turut bergabung tenaga menjayakannya dengan membuka gerai-gerai yang menghidangkan pelbagai juadah istimewa untuk lebih seribu tetamu yang hadiri.
Majlis yang dihadiri Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan  dan Isteri bertujuan mengeratkan lagi silaturahim dan muhibbah antara warga kerja PPANS dan Desa PNM sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. 
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Seri Haji Mat Ali bin Hassan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan juga turut hadir memeriahkan majlis.
Menteri Besar Negeri Sembilan turut menghulur sumbangan kepada tabung Palestin dalam majlis mengingati mangsa-mangsa Palestin serangan zionis. Majlis juga turut dihiburkan dengan persembahan interunit dan juga cabutan bertuah. 




















Isnin, 21 Julai 2014

Program Bubur Lambuk

Menyemarakan Ramadhan

Bubur Lambuk adalah salah satu jenis makanan yang hanya boleh kita temui dalam bulan puasa, dan disebabkan itu jugalah KESUKA PPANS menganjurkan program bubur lambuk pada bulan puasa ini. Pada 14 Julai 2014 seramai 85 kakitangan PPANS dan PNM bersama-sama berganding bahu dan tenaga didalam membikin bubur lambuk yang enak lagi sedap apatah lagi ketua jurumasak adalah pakar didalam penyediaan segala jenis bubur. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi tersebut disudahi dengan pengagihan bubur keada jabatan-jabatan, orang awam dan juga kakitangan sendiri. Turut memeriahkan majlis adalah dengan kehadiran Pn Jamilah@Chumila Bt Hj Katis Pengarah PPANS yang turut sama menyediakan jamuan.


Barisan Jurumasak Bubur Lambuk terkemuka

Line potong bawang

Ali mambari yang dimport dari maldives membantu chef rosdi

kelihatan YDP sedang beraksi bersama seorang peserta Tabligh

Pengarah PPANS turut sama membantu jelitawan yang lain



seksyen potong daging


Jumaat, 18 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa KESUKA PPANS

Disambut dengan ikatan ukhwah di Spanish Villa..


Majlis Berbuka Puasa Kelab Sukan dan Kebajikan PPANS telah diadakan pada 14 Julai 2014 yang lepas bertempat di Spanish Villa, Taman Tasik. Majlis Berbuka Puasa yang bermatlamat mengeratkan silatulrahim dikalangan kakitangan PPANS dan PNM telah berjaya mengumpul seramai 160 ahli bersama keluarga dan anak mereka. Kesemua kakitangan dari semua daerah, dan desa hadir bersama-sama meraikan bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini. 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah PPANS Pn Jamilah Bt Hj Katis bersama suami dan disambut oleh YDP KESUKA PPANS En Mohd Rizwan B Muhamad Yusof dan juga barisan Jawatankuasa Kelab. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari ketua biro agama En Mohd Faizal. Majlis diteruskan dengan ucapan Pn Pengarah. Beliau berterima kasih diatas kehadiran semua pegawai yang sentiasa memberi komitmen yang tidak berbelah bagi kepada Jabatan dan Kelab sendiri. Beliau mahu kelab memainkan peranan yang penting didalam menyatukan semua kakitangan bagi tujuan menguatkan pasukan bekerja di Jabatan. Sikap tidak peduli atau tidak acuh dengan sebarang program sangat merugikan individu itu sendiri kerana dengan adanya platform sebegini ianya dapat membuka minda kakitangan melalui perkongsian idea dan juga petukaran maklumat. Beliau juga turut mengumumkan berita baik yang akan diberitahu kelak semasa Majlis Hari Raya Jabatan.

Selepas itu sesi pemberian sumbangan kelab kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan bapa tungal diadakan, turut sama sumbangan kuih raya kepada semua kakitangan. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa dengan hidangan hampir 32 jenis disediakan kepada semua tetamu.. dimeriahkan lagi dengan letupan bunga api dan rakaman gambar kenang-kenangan mengakhiri majlis yang meriah ini..tahniah Jawatankuasa...















 




Jumaat, 27 Jun 2014

Jamuan Penghargaan untuk AJK KESUKA 2012-2014

Pada 27 Jun 2014 satu majlis penghargaan kepada Jawatankuasa kelab Kesuka 2012-2014 telah diadakan di Mama Bakery Jalan Mafah Seremban, Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai jasa Jawatankuasa KESUKA PPANS 2012-2014. Majlis itu diserikan dengan kehadiran Puan Pengarah PPANS, dalam ucapan pengarah belaiau mengucapkan terima kasih diatas jasa dan sumbangan jawatankuasa kelab yang telah banyak menjalankan aktiviti serta progrm kepada ahli kelab. Beliau berpuas hati dengan prestasi En Amar selaku bekas YDP yang telah berjaya bersama jawatankuas mengerak serta menghidupkan kelab seiring dengan kemajuan PPANS sendri, Beliu berharap agar kepimpinan baru yang dterajui oleh En Mohd Rizwan akan terus mnghidupkn kelab bagi menjaga kepentingan dan keajikan ahli kelab

Tempat Berborak!