Bubur Lambuk adalah salah satu jenis makanan yang hanya boleh kita temui dalam bulan puasa, dan disebabkan itu jugalah KESUKA PPANS menganjurkan program bubur lambuk pada bulan puasa ini. Pada 14 Julai 2014 seramai 85 kakitangan PPANS dan PNM bersama-sama berganding bahu dan tenaga didalam membikin bubur lambuk yang enak lagi sedap apatah lagi ketua jurumasak adalah pakar didalam penyediaan segala jenis bubur. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi tersebut disudahi dengan pengagihan bubur keada jabatan-jabatan, orang awam dan juga kakitangan sendiri. Turut memeriahkan majlis adalah dengan kehadiran Pn Jamilah@Chumila Bt Hj Katis Pengarah PPANS yang turut sama menyediakan jamuan.
Barisan Jurumasak Bubur Lambuk terkemuka |
Line potong bawang |
Ali mambari yang dimport dari maldives membantu chef rosdi |
kelihatan YDP sedang beraksi bersama seorang peserta Tabligh |
Pengarah PPANS turut sama membantu jelitawan yang lain |
seksyen potong daging |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan