Selasa, 14 Oktober 2008

Majlis Sambutan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MERIAH....


Majlis Sambutan Hari Raya PPANS telah diadakan pada 13 Oktober yang lepas, Majlis ini dihadiri oleh semua Warga Kerja PPANS di seluruh pelusuk Negeri Sembilan, Majlis dimulakan dengan taklimat pengarah program En Hamdan Nordin Penolong Pengarah PPANS dan juga taklimat ringkas dari Y.D.P KESUKA PPANS En Zainudin Bin Zailan. Majlis bermula pada pukul 10 pagi dengan pertandingan persembahan inter unit, dimulakan dengan persembahan unit pelanggan Jempol dengan joget lagu raya kemudian dikuti dengan Unit Pelanggan Port Dickson dengan nyayian lagu raya beramai-ramai, Unit Pelanggan Rembau dan Tampin pula tampil dengan sketsa menyambut menantu di pagi raya berserta nyanyian, Unit Khidmat Pengurusan juga menyaksikan penampilan akhir Pn Amini untuk menyanyi kerana selepas ini beliau akan bersara, Unit Perolehan, Unit Perhubungan Awam dan juga Unit Pembangunan turut mengadakan sketsa dan nyayian bersama, tajuk sketsa berkenan anak yang sudah lama tidak balik kampung, Unit Pelanggan Jelebu pula tampil dengan Sajak dan lagu mengenai Ibu-Bapa dan persembahan terakhir adalah dari Unit Pelanggan, Media dan UTKM yang menampilkan sketsa ringkas mengenai pemuda yang ingin menulis kad raya untuk memohon maaf kepada bapanya kemudian diikuti dengan nyayian unplugged dan nyayian beramai-ramai. Selain itu beberapa pertandingan selingan turut diadakan termasuk orang buta menyolek pasangan dan juga tarian berpasangan

Kehadiran

Pengarah PPANS En Samsudin Hamidan dan juga Puan Timbalan Pengarah Puan Jamilah Bt Hj Katis juga membuka gerai sajian untuk tetamu merasai hidangan lemang dan juga soto. Selain dari kakitangan PPANS, pihak kelab juga menjemput pihak luar yang berkaitan dengan perpustakaan ini termasuk Media, pembekal buku, orang peseorangan, agensi swasta dan NGO untuk turut sama merasa kemeriahan rumah terbuka PPANS ini. Kehadiran VVIP EXCO Kerajaan Negeri Y.B. Dato Razi Kail, Y.B. Dato Ismail Lassim, Y.B. Datuk Hasim Rusdi dan juga Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato' Hj Norzam Md Nor juga menambah keceriaan majlis ini selain kehadiran pegawai Daerah dan Ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran artis jemputan Pak Pandir dan juga nyanyian dari bakat-bakat PPANS sendiri.




Panyampaian Hadiah

Bagi sebelah petang majlis diteruskan dengan majlis sambutan hari jadi bagi kakitangan yang menyamabut hari kelahiran pada bulan september, kemudian dilakukan cabutan bertuah dan juga penyampaian hadiah bagi persembahan terbaik yang dimenangi oleh Unit Pelanggan zon A dan UTKM hadiah-hadiah disampaikan oleh Y.B dato' Hj Ismail Lassim Exco Kerajaan N.Sembilan. Bagi majlis perpisahan pula PPANS kehilangan 2 lagi kakitangan dimana mereka mendapat tawaran kerja di tempat lain, mereka adalah En Sobri Yusof yang juga merupakan AJK Kelab dan juga Cik Noraini dari Perpustakaan Desa Rengoh.

Terima Kasih

Segala keseluruhannya majlis sambutan hari raya ini disambut dengan meriah, dengan hidangan disediakan mengikut gerai seperti rendang, lemang, ketupat, soto, mihun, apam johol, nasi beriani, sate, laksa dan pelbagai juadah kuih muih dan buah-buahan. Pihak Kelab ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya ini. Kita bermaafan di Bulan yang mulia ini.

Untuk gambar sila klik disini --------->gambar raya

Tempat Berborak!