Selasa, 12 Jun 2012

PPANS mengaum....

Khairullah diumum Juara Bowling (pemilihan) Kejohanan Bowling MAKSAK Negeri Sembilan..


Tahniah dan sangat membanggakan itulah perkataan yang sesuai selepas kakitangan PPANS En Khairullah telah menjadi juara keseluruhan (pemilihan peringkat pertama) Kejohanan Bowling MAKSAK Negeri Sembilan. Kejohanan ini diadakan di Bowling Lane Jusco Seremban 2 pada 19 Mei 2012 yang lepas. Apa yang membanggakan adalah En Khairullah telah berjaya mengatasi 102 peserta dari jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat. Ini merupakan kali pertama PPANS berjaya mengondol tempat pertama acara lelaki di dalam Kejohanan anjuran MAKSAK Negeri Sembilan. PPANS juga turut menghantar dua lagi peserta didalam kejohanan ini dengan En Rosdi Manan ditempat ke 47 dan En Hamdan Nordin ditempat 54. Kejohanan ini diadakan bagi mencari calon MAKSAK Negeri Sembilan bagi menghadapai pertandingan di peringkat Kebangsaan. seramai 15 peserta akan berentap sekali lagi pada 13 Jun ini untuk mengesahkan tempat ke peringkat kebangsaan. Tahniah sekali lagi untuk En Khairullah dan majulah sukan untuk negara.

Mesyuarat Agong KESUKA PPANS 2012

En Berembi mengucapakan rasa terima kasih


Tampuk pengurusan Kelab Sukan dan Kebajikan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kini sudah berubah dengan berlangsungnya Mesyuarat AGM pada 16 April yang lepas. Di dalam pembentangan KESUKA tahun 2010-2012, Yang Dipertua Kelab En Berembi Berahim berkata, kesemua projek serta aktiviti kelab telah berjaya dilaksanakan ini termasuk mengadakan hari keluarga, sambutan aidilfitri, berbuka puasa, menyertai sukan perpustakaan seMalaysia di Johor dan juga mengadakan sesi ramah mesra melalui sukan bowling dan bolasepak samada secara dalaman ataupun luaran. En Berembi juga mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh ahli kelab didalam program serta aktiviti yang telah diadakan. Beliau juga berharap agar hubungan antara ahli kelab akan terus mantap dan seterusnya memantapkan lagi organisasi PPANS sendiri. Didalam pemilihan semula pengurusan kelab En Amar Hafizi telah dipilih sebagai Yang Dipertua baru kelab kesuka. manakala En Iskandar dilantik menjadi timbalannya. berikut adalah senarai ahli jawatankuasa

Yang Dipertua

Amar Hafizi

Timbalan

Iskandar

Setiausaha

Pn Fauziah

Bendahari

Pn Zaiton Jain

Ahli jawatankuasa

 Khairullah
Hayati Ismail
Norhayati Ismail
Jamalludin Haron
Shaari
Nabihah

Kembara MPPD

Sebagai medan pendedahan untuk bergelar juara masa akan datang.



Akhir-akhir ini telah menjadi kebiasaan bagi kelab KESUKA PPANS akan mengambil bahagian dimana-mana pertandingan treasure hunt yang dianjurkan agensi kerajaan ataupun swasta, namun pada kali ini KESUKA telah menghantar pasukan yang agak 'otai' di dalam pertandingan penjelajahan ini. 'Otai' itu bermaksud ahli yang selalu menyertai tanpa menang sekalipun tempat ke 15 mana-mana treasure hunt yang telah disertai. Kali ini Kembara ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson bertarikh 31 Mac 2012. Permulaan check point adalah di Seremban Dua. Pertandingan Tresaure hunt ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai terutamanya peserta luar mengenai keindahan dan juga keistimewaan Port Dickson sebagai salah sebuah pusat peranginan negara.

KESUKA menghantar satu pasukan yang mengelarkan diri sebagai "The Book Hunter" terdiri daripada en Rizwan, En Zainudin Cor-pilot, En Suboh (Awang Tiger), En Rosdi Manan (Killer Frog) dan peserta jemputan mantan pekerja PPANS En Fazli yang senang dipanggil (lee cow). terdapat lebih kurang 200 kenderaan menyertai pertandingan dwi tahunan ini. Permulaan pertandingan krew book hunter agak mendahului peserta lain dengan teknik menjawab soalan ala hantam chromo. Namun bermula di Muzium Lukut the book hunter mula kendur dengan pasukan-pasukan lain yang trdiri dari profesional hunter mula menunjukkan belang. Sambil salah  peserta sebuah pasukan sempat berjenaka dengan book hunter dengan berkata " bang library tak buka ke hari ini?". Pertanyaan itu agak mencabar pihak book hunter yang mula mengemaskan teknik menjawab soalan, apabila sampai di check point di dataran ikan bakar. The Book hunter sekali lagi tercabar apabila gagal untuk menjawab soala yang berbunyi begini. "Sandra Bullock suka akan tempat ini dan namakan filem tersebut?", soalan tersebut agak casual namun mampu membunuh semangat book hunter. The book hunter cuba juga menghantar jawapan dengan casual iaitu "Sandra Bullock suka tengok cerita ombak rindu" jawapan hasil dari Rosdi manan (killer frog). Namun jawapan tersebut ditolak mentah-mentah sambil urusetia disitu pecah perut mendengar jawapan yang diberi. 

Namun begitu kami tidak berpatah semangat, mengetahui pasukan kami dipotong 20 markah maka En Awang Tiger selaku cor-pilot cuba melajukan kenderaan mengikut perasaan (tanpa mengikut tulip yang disediakan penganjur) hasilnya pihak kami tersesat nun jauh di pengkaln pasir (masa untuk berpatah balik ke dataran Teluk Kemang) mengambil masa 2 jam. sedar akan kesilapan tersebut en Awang cuba mengikut jalan dikatakan short cut namun jalan tersebut juga merupakan jalan long- cut ibarat kata pepatah telajak perahu boleh diundur telajak kereta ford everest jangan harap nak undur sebab stesyen minyak jauh lagi dihadapan. Atas kesilapan teknikal itu maka team book hunter terlewat setengah jam di garisan penamat. Melihat banyak kenderaan lain juga dibelakang kami juga lambat (dipercayai mengekori kami) kami meletak sasaran sekurang-kurangnya akan dapat tempat ketiga kali ini memandangkan semua jawapan telah diisi.Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan sendiri Yang Dipertua MPPD. Nombor ke nombor dari 30 hingga tempat pertama kami tunggu satu tempat pun kami tak menang. mengaibkan lagi hamper cabutan bertuah sebanyak 60 buah pun tidak satu pun kami menang. Pengajarannya disini yang juga pengajaran dulu, janganlah kita mengaku sekiranya semua jawapan kita jawab kita akan menang dan kalau kita cepat sampai belum tentu menang apatah lagi yang paling lambat. The Book Hunter tidak akan patah semangat dan akan cuba menyertai pertandingan secara kompetitif tresure hunt sambil mengatakan bahawa pertandingan kali ini sebagai satu pendedahan (untuk mengubat hati yang hiba).

antara kereta yang bertanding

peserta kusyuk mendengar taklimat

confident akan menang, menunggu keputusan
"rakan batman berjaya dalam perniagaan ini' apo soalan nie???
ko cuba tengok ada batman tak kat atas bumbung bangunan tu din...














ArAbIAN nITE...

Semua Pak & Mak Arab berkumpul.


Hebat bunyinyakan! tetapi itulah dia kehebatan malam hari keluarga KESUKA PPANS yang bertemakan Arabian Night. Dah nama pun arabian night maka semua kakitangan pun bergerombolan memakai jubah, serban, tudung yang ala-ala arab gitu. Malam tersebut mengumpulkan hampir 200 ratus kakitangan beserta keluarga bagi satu tujuan iaitu untuk merapatkan lagi ukhwah sesama kakitangan. Malam Arabian night ini diadakan didewan PR UMNO dan turut dihadiri oleh YB Dato Mohamad Razi Hj Kail selaku EXCO kerajaan Negeri, turut hadir dato' Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan selaku Ahli lembaga Pengarah PPANS terima kasih dato diatas kesudian untuk hadir memeriahkan majlis.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah PPANS Pn Jamilah@Chumila Bt Hj Katis, beliau mahu semangat setiakawan yang ditunjukan kakitanggan akan terus dikekalkan bagi membentuk satu pasukan yang mantap. Majlis makan malam diteruskan dengan persembahan mengikut unit.

paling mendapat tumpuan adalah aksi budak jin yang dilakonkan oleh en Zainudin, Persembahan bersahaja tersebut membolehkan Unit Pelanggan Zon Seremban mengondol tempat pertama persembahan kumpulan terbaik. Selain itu En Khairullah dari unit pembangunan dianugerahkan man of the matches malam tersebut, walaupun mendapat bantahan 'pak arab' lain yang mengatakan beliau hanya menyewa pakaian sahaja. namun begitu bantahan tidak diterima dan kemenangan En Khairullah mengekal kemenangan berturut-turut.

Persembahan tarian banyak mendominasi persembahan dari unit-unit yang bertanding, persembahan twist arab oleh kumpulan pengurusan juga turut mencuit hati tetamu, "manakan tidak tiada langsung latihan terus menari dihadapan orang ramai" kata en Berembi yang turut sama mempertontonkan aksi tarian arab yang namak macam tarian zapin.

Secara keseluruhanya malam Arabian night ini sangat berjaya dengan suasana prop dan pakaian yang menunjukkan suasana arab. Kerjasama kakitangan turut menyumbang kepada kejayaan malam arabian night tersebut.
Add caption

Isnin, 11 Jun 2012

Misi mendapatkan Piala Malaysia

KESUKA memberi komitmen 100% kepada pasukan Negeri Sembilan

Pada 29 Oktober 2011 yang lepas, seramai 38 penyokong bolasepak Negeri Sembilan dari kelab kesuka PPANS telah menyertai rombongan ke Stadium Shah Alam, Selangor, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan N.Sembilan dan Terengganu. Ini adalah merupakan kali ketiga berturut-turut rombongan KESUKA ke Perlawanan Akhir yang membabitkan pasukan hobin jang hobin. seperti biasa mereka berkumpul di perpustakaan seawal pukul 3 petang lagi, Bas berlepas pada pukul 4.30 petang membawa sedozen lagi suara untuk memperkuatkan suara sokongan kepada pasukan N9 yang telah diberitahu bahawa tiket telah diborong oleh penyokong-penyokong Terengganu. Walaupun harga tiket melambung pada harga sehari hotel 1 bintang (RM 50) tetapi kami tidak pernah ambil peduli akan hal itu, janji kami akan dihidangkan dengan perlawanan bolasepak yang bertaraf piala dunia. hasilnya pasukan Negeri Sembilan telah menjadi juara buat kali 3 dengan hasil jaringan gol cantik Hairudin Omar dan S.Kunalan terlebih dahulu menyamakan kedudukan. kesimpulan kami berasa sangat puas hati dengan kejayaan N9, lagi-lagi ianya sangat berbaloi dari menyaksikan perlawanan akhir ini di televisyen di hotel 1 bintang.

berehat di Dengkil

Din dengan aksi termenung setelah ketingallan 1-0
berposing setelah berjaya memenangi Piala Malaysia

VS dengan Pejabat SUK Negeri Sembilan

Bolasepak

Pada bulan 21 Mac 2012 yang lepas bertempat di Padang Lobak  satu perlawanan bolasepak diantara pasukan SUK Negeri Sembilan telah diadakan, perlawanan sptikal kali ini di lihat menguji kemampuan pemain baru yang diserapkan didalam pasukan bagi mengantikan pemain-pemain yang lama disebabkan faktor keboroian dan obes yang melanda pemain-pemain PPANS. Perlawanan ini juga adalah pentas pemanas badan bagi menghadapi sukan perpustakaan seMalaysia yang katanya berlangsung sekitar bulan jun di Selangor. Menurut pengurus pasukan, En Rosdi Manan, pasukan PPANS akan menampilkan formasi 4-4-3 dan bermain secara bertahan, ini disebabkan oleh faktor kepancitan dan berat lutut disebabkan sudah lama-pemain-pemain PPANS tidak menghadapi perlawanan kompetitif dan hanya leka bermain bola di handset android mereka.En Rosdi juga sempat berpesan agar pemain-pemain mengamalkan diet yang seimbang bagi mengekal tahap perut yang tidak mencapai skala keboroian. Namun begitu nasihat yang dilemparkan hanyalah sia-sia kerana En Rosdi juga tergolong dalam golongan obes. Pasukan SUKNS juga tidak boleh diremehkan kemampuanya meletak beberapa pemain negeri (MAKSAK),  namun hal yang demikian tidaklah dapat disangkal terdapat juga masalah kepancitan yang membelenggu pasukan tersebut.atas hal demikian tidak ada satu pun gerakan menarik dapat dicipta dalam perlawanan ini, hanya tertumpu ditengah, ditepi kanan dan kiri padang sahaja. Perlawanan ini berkesudahan PPANS tewas 2-1...sekian berita




Bergambar bersama-sama penjaga gol dibelakang bukanlah awang import Nigeria tetapi adalah pemain tempatan.
Kelihatan pemain-pemian SUKNS sedang warming up kebanyakannya pemain senior
awie sedang menunggu bola masuk kedalam gawang


Tempat Berborak!