Isnin, 5 Disember 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NS 2011

DISAMBUT MERIAH DENGAN KEHADIRAN MENTERI BESAR

Pada 12 September 2011 yang lepas PPANS dengan kerjasama KESUKA PPANS mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya PPANS 2011,Majlis ini diadakan bagi menyambut perayaan Aidilfitri serta meraikan kakitangan serta tetamu kehormat yang selama ini memberi sokongan terhadap perkembangan dan kemajuan perpustakaan di Negeri Sembilan, Majlis diadakan seawal tengahari dengan Pn Pengarah Pn Jamilah@Chumila Bt Hj Katis memberi ucapan penghargaan kepada jawatankuasa yang bertungkus lumus didalam menjayakan majlis ini, beliau juga berharap agar hubungan erat sesama kakitangan diteruskan bagi meningkatkan kualiti kerja seharian.

Juadah enak seperti lemang, ketupat, rendang dan satay antara menu yang membuka selera disediakan untuk dijamah. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Pengarah serta wakil Jabatan, EXCO-EXCO Kerajaan N.Sembilan YB Dato Siew Chin Pin , YB Dato Ismail Lasim, YB DatoIsmail Talib, Dato' V.S Mogan, YB Dato' Hasim Rusdi, Dato' Mohamad Razi Kail yang juga pengerusi JGMNS, Speker Dewan Undangan YB Dato' Razak Mansor, Pengerusi PPANS yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Ali B Hasan dan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan menceriakan lagi Majlis Sambutan. Majlis juga turut diadakan bagi menyambut hari kelahiran kakitangan yang lahir pada bulan 7,8 dan 9. Majlis juga turut digamatkan dengan persembahan dari setiap unit PPANS, selain cabutan bertuah yang hadiahnya disumbangkan oleh Pn Pengarah memeriahkan lagi suasana sambutan.

Pn Pengarah sedang melayan rakan-rakan Pengarah yang turut hadir, kelihatan gambar dibawah YB Dato Siew Chen Pin EXCO NS yang awal-awal lagi hadir.


Kehadiran Menteri Besar memeriahkan lagi sambutan, kelihatan kakitangan tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan pemimpin yang disayangi.


YB Dato Ali Mat Hasan Pengerusi PPANS yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan sedang melakukan cabutan bertuah


Kelihatan YB Dato Mohamad Razi Kail sedang menikamati hidangan dengan turut ditemani Pn PengarahPPANS

Antara jelitawan yang hadir bagi merebut kejuaraan gigi tercantik sedang menunjukkan aksi

Persembahan Unit Pelanggan Zon Tampin dengan penampilan En Shukor penyanyi malar layu 70an gagal menambat hati juri pertandingan

3 Teruna terpakai sedang mempersembahkan lagu angan tak sudah-sudah

walaupun persembahan En Ahmad dan En Shaiful mengibarkan bendera menunjukan tanda patriotik namun gagal jua menambat hati juri disebabkan lagu yang disampaikan tidak kena mengena, untuk maklumat mereka menyanyikan lagu teratai layu di daun madu nyanyian Pn Fauziah Ghaos..

Kelihatan En Sulaiman yang sedang minum di gambar hampir tersedak apabila persembahan Bahagian Pembinaan Koleksi menyanyikan lagu nasyid "bila malaikat maut menjemput kita"

Kesimpulan Majlis ini begitu meriah dan pasti akan dikenang pada tahun-tahun mendatang

Lagi gambar boleh lihat disini

Majlis Berbuka Puasa PPANS

Pada 17 Ogos 2011 yang lepas Kelab KESUKA menganjurkan Majlis Berbuka Puasa PPANS yang melibatkan semua kakitangan PPANS, Majlis diadakan di Restoran Eden. Majlis yang diadakan bermatlamat mengeratkan silatulrahim sesama kakitangan demi menghormati bulan ramadhan yang mulia. Majlis diserikan dengan kehadiran Pn Pengarah PPANS Pn Jamilah@Chumila Bt Hj Katis dan keluarga, sebelum majlis berbuka Pn Pengarah telah menyampaikan sumbangan KESUKA kepada kakitangan yang merupakan Ibu tunggal, sumbangan perkahwinan, sumbangan cahaya mata dan sumbangan rawatan kesihatan. Dalam ucapan alu-aluan Pn Pengarah mengharapkan agar kakitangan menghayati bulan ramadhan dan memperbanyakkan amalan selain bermohon maaf diantara kakitangan agar pekerjaan yang dilakukan akan sentiasa mendapat berkat, beliau juga memuji barisan kepimpin KESUKA yang telah banyak mengadakan aktiviti untuk mengeratkan hubungan silatulrahim bukan sahaja dikalangan kakitangan tetapi keluarga kakitangan itu sendiri. Majlis berakhir setelah kakitangan berbuka puasa.

Pn Pengarah menerima cenderahati dari YDP Kesuka En Berembi Berahim

Antara Hidangan yang begitu menyelerakan

Antara kakitangan yang tidak sabar menunggu waktu berbuka


Pn Pengarah beramah mesra bersama kakitangan

Pn Pengarah sempat bergambar di waktu kecemasan untuk berbuka, perhatikan di meja makan sudah tentu mereka tidak sabar menikmati juadah berbuka tersebut

Lagi gambar boleh dilihat disini

PERTANDINGAN BOWLING INTER UNIT PPANS

BANZAI..!! Keluarga Besar PPANS yang menyertai pertandingan bersorak gembira

Pada 13 Julai 2011 yang lepas Kelab KESUKA telah menganjurkan pertandingan Bowling inter unit PPANS kali ke-4, bertempat di Bowling Centre, Seremban Parade jam 8.00 Malam, Acara ini dirasmikan oleh YB Dato Hj Muhamad Razi B Hj Kail EXCO Kerajaan Negeri Sembilan dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan. Pertandingan ini didakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dikalangan kakitangan disamping menerap budaya sukan dikalangan kakitangan PPANS. Turut sama menyertai pertandingan ini adalah Pn Pengarah PPANS Pn Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis dan juga Ketua Bahagian Pelanggan En Hamdan B Hj Nordin, disamping YDP KESUKA EN Berembi B Berahim, didalam pertandingan ini

Unit Pelanggan Seremban telah mengunguli pertandingan, di tempat kedua jatuh kepada kumpulan Unit PRO dan Unit Media pula di temapt ketiga. Manakal acara peseorangan pula jatuh kepada En Khairullah yang mendapat 327 Jatuhan PIN manakala Pn Farah Wahida pula menungulli acara wanita dengan 298 jatuhan Pin.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/261545_190287577694759_100001405541515_542447_5227473_n.jpg
YB Razi Bersama Juara Bowling Inter Unit PPANS
Unit Pelanggan Seremban

YB Razi Bersama Kakitangan Unit Media

Geng-geng Rembau hanya tersenyum dingin setelah mendapati permainan boling tidak sama langsung dengan permainan membaling guli, sambil Pn Zaiton menunjukan kasut baru yang disangkanya percuma..." La akak ingatkan kasut free, baru nak masuk dalam handbag nie" jawab kak eton setelah tindakannya diketahui guard bowling warga asing.

"Kerana ketiadaan pusat latihan bowling di Jempol maka team Jempol gagal memberi saingan"
luah En Azman selaku Ketua kumpulan sambil tanpa segan silu bergaya ala-ala vokalis Big Brother & the Holding Company bersama-sama rakan sepasukan

"Kami telah berlatih hampir setahun..tapi apakan daya membaling buah kelapa dengan membaling bola bowling adalah satu perbezaan fizik neuron yang ketara" Kata Pn Nabihah cuba mengaitkan dengan ilmu hisab sebagai alasan kekalahan teruk team Jelebu

"Kami dari Tampin hampir memberi saingan namun kecundang diakhir permainan", kata En Syukor yang menampilkan bebarapa muka baru yang handal dalam permainan batu sembang dan pada masa yang sama menyalahkan longkang sebagai punca kekalahan team Tampin

Kami Hadir selaku pasukan Underdog tapi tak sangka pula kami di underdogkan pula, lawak En Fadil yang masih tidak dapat menerima kekalahan team PD .

YB Dato Razi Bersama Pn Pengarah, Pn Jamilah, En Ayob antara peserta VVIP yang tebaik manakala En Zainudin dan YDP KESUKA En Berembi banyak menghabiskan masa dengan menyalurkan bola ke longkang

Untuk Lebih melihat gambar yang lain silalah klik pada pautan Disini

Tempat Berborak!