Isnin, 5 Disember 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NS 2011

DISAMBUT MERIAH DENGAN KEHADIRAN MENTERI BESAR

Pada 12 September 2011 yang lepas PPANS dengan kerjasama KESUKA PPANS mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya PPANS 2011,Majlis ini diadakan bagi menyambut perayaan Aidilfitri serta meraikan kakitangan serta tetamu kehormat yang selama ini memberi sokongan terhadap perkembangan dan kemajuan perpustakaan di Negeri Sembilan, Majlis diadakan seawal tengahari dengan Pn Pengarah Pn Jamilah@Chumila Bt Hj Katis memberi ucapan penghargaan kepada jawatankuasa yang bertungkus lumus didalam menjayakan majlis ini, beliau juga berharap agar hubungan erat sesama kakitangan diteruskan bagi meningkatkan kualiti kerja seharian.

Juadah enak seperti lemang, ketupat, rendang dan satay antara menu yang membuka selera disediakan untuk dijamah. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Pengarah serta wakil Jabatan, EXCO-EXCO Kerajaan N.Sembilan YB Dato Siew Chin Pin , YB Dato Ismail Lasim, YB DatoIsmail Talib, Dato' V.S Mogan, YB Dato' Hasim Rusdi, Dato' Mohamad Razi Kail yang juga pengerusi JGMNS, Speker Dewan Undangan YB Dato' Razak Mansor, Pengerusi PPANS yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Ali B Hasan dan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan menceriakan lagi Majlis Sambutan. Majlis juga turut diadakan bagi menyambut hari kelahiran kakitangan yang lahir pada bulan 7,8 dan 9. Majlis juga turut digamatkan dengan persembahan dari setiap unit PPANS, selain cabutan bertuah yang hadiahnya disumbangkan oleh Pn Pengarah memeriahkan lagi suasana sambutan.

Pn Pengarah sedang melayan rakan-rakan Pengarah yang turut hadir, kelihatan gambar dibawah YB Dato Siew Chen Pin EXCO NS yang awal-awal lagi hadir.


Kehadiran Menteri Besar memeriahkan lagi sambutan, kelihatan kakitangan tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan pemimpin yang disayangi.


YB Dato Ali Mat Hasan Pengerusi PPANS yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan sedang melakukan cabutan bertuah


Kelihatan YB Dato Mohamad Razi Kail sedang menikamati hidangan dengan turut ditemani Pn PengarahPPANS

Antara jelitawan yang hadir bagi merebut kejuaraan gigi tercantik sedang menunjukkan aksi

Persembahan Unit Pelanggan Zon Tampin dengan penampilan En Shukor penyanyi malar layu 70an gagal menambat hati juri pertandingan

3 Teruna terpakai sedang mempersembahkan lagu angan tak sudah-sudah

walaupun persembahan En Ahmad dan En Shaiful mengibarkan bendera menunjukan tanda patriotik namun gagal jua menambat hati juri disebabkan lagu yang disampaikan tidak kena mengena, untuk maklumat mereka menyanyikan lagu teratai layu di daun madu nyanyian Pn Fauziah Ghaos..

Kelihatan En Sulaiman yang sedang minum di gambar hampir tersedak apabila persembahan Bahagian Pembinaan Koleksi menyanyikan lagu nasyid "bila malaikat maut menjemput kita"

Kesimpulan Majlis ini begitu meriah dan pasti akan dikenang pada tahun-tahun mendatang

Lagi gambar boleh lihat disini

Tiada ulasan:

Tempat Berborak!