Rabu, 24 September 2008

Majlis Berbuka Puasa PPANS

MAJLIS BERBUKA DISAMBUT DENGAN PENUH KEBERKATAN


Majlis Berbuka puasa PPANS telah berlangsung pada 23/09/08 yang lepas seramai 50 kakitangan PPANS turut serta dalam majlis ini. Majlis berbuka puasa ini diadakan di Hotel Alson Kelana Resort Seremban. Majlis bermula tepat jam 6.15 ptg dimana majlis ini dipengerusikan oleh En Fairos, kemuadian diberkati dengan bacaan doa oleh En Sabri Yusof. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengarah PPANS, En Samsudin Hamidan, dalam ucapannya beliau beterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kelab yang bertungku lumus dalam menjayakan majlis berbuka puasa. Selain itu tuan pengarah juga mengingatkan betapa pentingnya permuafakatan didalam hal kerja dan juga pekara yang melibatkan jabatan supaya sesuatu pekara itu dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya. Selepas itu Tuan Pengarah telah menyampaikan sumbangan kuih raya kepada semua ahli kelab KESUKA sempena dengan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi. Selepas itu semua ahli kelab menikmati juadah berbuka puasa dengan 77 jenis hidangan yang disediakan. Majlis ini turut disertai Timbalan Pengarah Puan Jamilah Bt Hj Katis, Ketua Bahagian Pelanggan En Hamdan Nordin dan juga Ketua Bahagian Katalog Pn Siti Adnon selain dari ketua-ketua unit PPANS.











Banyak lagi gambar-gambar sempena majlis berbuka klik disini


Tiada ulasan:

Tempat Berborak!