Pada 17 Ogos 2008 yang lepas, KESUKA PPANS telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai tresure hunt Kembara Amal Pelancongan N.Sembilan. Pertandingan ini merupakan anjuran Kelab akhbar dan wartawan N.Sembilan (KELANA). Pertandingan yang menawarkan hadiah berjumlah RM 2000 ini disertai 60 pasukan dari pelbagai agensi kerajaan, kelab dan orang peseorangan. KESUKA diwakili oleh Y.D.P nya sendiri En Zainudin, En Mohd Rizwan, En Fazli dan En Rosdi Manan bagi kereta pertama manakala kereta yang kedua pula dianggotai oleh En Amar Hafizi, Cik Nurfazilah, Cik Siti Aishah dan juga En Khairul (Dato K). Pelepasan pertandingan ini dilakukan oleh Y.B Dato S.U.K bertempat di Kompleks Kraftangan Seremban. Peserta melalui beberapa check-point dan mencari jawapan yang telah ditetapkan bermula di Bandar Seremban, Rantau, Lukut dan berakhir di Tiara Beach Resort. Di Lukut peserta dikehendaki memberi sumbangan kepada penerima bantuan yang telah menggu di sana, ini adalah salah satu aktiviti yang perlu dilakukan peserta dalam masa yang sama dapat membuat kebajikan dan amal kepada mereka yang memerlukan. Acara penyampaian hadiah dan upacara penutup dilakukan oleh Y.B Dato Mohammad Razi Kail exco Kerajaan Negeri Sembilan. KESUKA PPANS meneruskan tradisinya dengan tidak memenangi satu pun kategori yang dipertandingkan, walaupun kumpulan pertama yang sampai di check point akhir namun jawapan yang diberikan hampa-hampa belaka, moga pertandingan yang akan datang pasukan treasure hunt kita telah betul-betul bersedia menghadapi cabaran. -Hidup PPANS-
Untuk gambar-gambar kembara klik disini
Untuk gambar-gambar kembara klik disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan