Sabtu, 30 April 2016

Mesyuarat Agong KESUKA PPANS 2016

Pemilihan untuk sesi 2016-2018


Tampuk pengurusan Kelab Sukan dan Kebajikan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kini sudah berubah dengan berlangsungnya Mesyuarat AGM pada 14 Mac 2016 yang lepas. Di dalam pembentangan KESUKA tahun 2014-2016, Bekas Yang Dipertua Kelab En Mohd Rizwan berkata, kesemua projek serta aktiviti kelab telah berjaya dilaksanakan ini termasuk mengadakan hari keluarga, sambutan aidilfitri, berbuka puasa, menyertai sukan perpustakaan seMalaysia di Sarawak dan juga mengadakan sesi ramah mesra melalui sukan bowling dan bolasepak samada secara dalaman ataupun luaran. En Mohd Rizwan juga mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh ahli kelab didalam program serta aktiviti yang telah diadakan. Beliau juga berharap agar hubungan antara ahli kelab akan terus mantap dan seterusnya memantapkan lagi organisasi PPANS sendiri. Didalam pemilihan semula pengurusan kelab En Zainudin Bin Zailan telah dipilih sebagai Yang Dipertua baru kelab kesuka. manakala En Shahril Fahmey dilantik menjadi timbalannya. berikut adalah senarai ahli jawatankuasa baru sesi 2016-2018


Penasihat                        :           Ybhg Pn Jamilah@Chumila Bt Hj Katis
Yang Dipertua                :           En Zainudin Bin Zailan
Tim. Yang Dipertua         :           En Shahril Fahmey Bin Nordin
Setiausaha                      :           Pn. Berdiana Berahim
Setiausaha II                   :           Pn. Wan Nurul Izattie
Bendahari                       :           Pn. Sakinah

AHLI JAWATANKUASA
          En. Akram 
          Pn Siti Fatimah bt Bachik
          Cik Aishah
En. Hamdan B Hj Nordin          
          Pn. Norhadilah Mat Din
          Cik Norhayati Ismail
En Mohd Faizal B Abd. Rahman
Pn Zuhaini Bt Md.Nor
En. Anas Jaafar
En Shafik Mahyudin

Pendaftaran Mesyuarat

En Mohd Rizwan Bin Muhamad Yusof mempengurusikan Mesyuarat

Antara ahli yang hadir

En Hamdan mengucapkan tahniah kepada En Shahril Fahmey

Barisan kepimpinan baru KESUKA PPANS 2016-2018

Tiada ulasan:

Tempat Berborak!