Jumaat, 11 Julai 2008

PPANS Juara futsal wanita yeah..






HOBEN JANG HOBEN
PPANS mencatatkan sejarah dalam penyertaannya didalam sukan perpustakaan awam seMalaysia dengan pasukan Futsal Wanita memenangi pingat emas dalam acara tersebut. Kegemilangan skuad futsal PPANS ini memberi satu kejutan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian kerana sebelum tiada sebarang sasaran ditetapkan untuk pasukan ini, kerana ini adalah kali pertama PPANS menghantar sukuad futsal wanita ke kejohanan sukan berprestij di kalangan pustakawan ini. PPANS diwakli oleh rosmawati, Dilla, Fazila, Salwati, Zura, Ruziah, Noreen, Ina, Maslinda dan iza. Di dalam peringkat kumpulan PPNS telah tewas kepada Pulau Pinang 2-1 dan kembali bangkit pada perlawanan kedua ketika bertemu dengan menewaskan pasukan pahang dengan gol 1-0. didalam perlawanan suku akhir PPANS berjaya menewaskan pasukan johor dengan 2-0 gol hasil jaringan rosmawati dan dila. Separuh Akhir pula PPANS berhadapan dengan pasukan Perak, dengan PPANS menewaskan PPA Perak dengan 2-1 gol dijaringkan oleh fazila dan zura. Kecemerlangan PPANS tidak dapat dibendung lagi apabila menewaskan Pulau Pinang di perlawanan akhir. Gol jaringan dilla sudah cukup untuk menjadikan PPANS menakhluk arena futsal gong badak dengan kejuaraan yang dinantikan.


Dari kiri Pengarah PPANS En Samsudin Hamidan, Fzaila, Dilla, Salwati, Rosmawati, Iza Pen.Jurulatih Awie Duduk dihadapan Dari kiri Ruziah, Ina dan Noreen

Ayam tambatan PPANS Dilla

Bergambar kenangan sebelum perlawanan akhir bertemu P.Pinang

awie menjadi tukang kibas untuk pemain yang keletihan

bergambar kenangan setelah dapat pingat emas

Tiada ulasan:

Tempat Berborak!