Jumaat, 11 Julai 2008

Kontinjen PPANS di kedudukan tempat kelapan


Menang sorak...payang menanti..barisan kontinjen PPANS bersama dengan Tuan Pengarah En Samsudin dan Timb.Peng Pn Jamilah


Bersesuaian dengan nama bersukan sambil melancong, Pasukan PPANS telah menduduki tangga ke lapan bagi keseluruhan pungutan pingat, PPANS mendapat 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa kedudukan ini memperbaiki sedikit pencapaian di Sukan Perpustakaan Awam di Sabah pada 2006, dimana PPANS tidak berjaya pun mendapat sebarang pingat. Pingat emas telah disumbangkan oleh pasukan futsal wanita , manakala pingat gangsa datangnya dari lapangan sukan batu seremban, walau bagaimanapun, PPANS telah berjaya memenangi 1 pinggat emas dan 1 pingat gangsa melalui acara bowling lelaki dan wanita V.I.P namun mata tidak diberi bagi acara v.i.p, apapun sekalung syabas buat En Hamdan Nordin dan Puan Salwati yang telah menyumbangkan pingat- pingat tersebut.

Bagi keseluruhan pencapaian pasukan futsal lelaki berjaya ke suku akhir sebelum tumbang pada pasukan Sabah 2-1, bagi bola jaring pula PPANS kalah kepada pasukan johor pada peringkat pertama kalah mati, bagi bola tampar nasib tidak menyelebahi pasukan bola tampar wanita kalah kepada pasukan sarawak manakala pasukan bola tampar lelaki pula hampir-hampir mengejutkan juara bertahan Sarawak apabila memberi saingan sengit sebelum tewas pada peringkat kalah mati pertama tersebut. Bagi pasukan badminton pula kalah pada pusingan kalah mati peringkat pertama, berlainan pula dengan ping-pong yang telah mencatat sejarah mara ke peringkat suku akhir sebelum tumbang pada pasukan Sabah. Bagi acara bowling berkumpulan PPANS telah mendapat tempat ketujuh manakala bagi acara master lelaki En Hamdan mendapat tempat ke tujuh dan master perempuan Farizah mendapat tempat ke 12. bagi acara indoor pula malang bagi PPANS apabila tiada satu pun yang dapat menyumbangkan pingat, baik sukan dam aji, dart, karom dan batu Seremban.

Keseluruhan Pesta sukan ini sangat bermakna dan memberi nafas baru pada pasukan PPANS untuk lebih berjaya pada Sukan yang akan datang di Johor..Tahniah sekali lagi -riz-
HOBEN JANG HOBEN

Tiada ulasan:

Tempat Berborak!